Friday, 29 December 2017

Exploring journaling with bullet journal




Salam Qaseh,

Sekian lama tidak bersiaran.
Blog bersawang tanpa sedar.

Terlalu banyak yang mahu dibuat, hingga tak menang tangan.

Begini lah bila kita bos , kita lah kuli.
Semua masih dibuat sendiri.
Bukan tidak mahu mengupah pembantu,
tetapi masih belum nampak keperluan asbab belum tercapai lagi sasaran yang memboleh dan memerlukan pembantu.


Baru-baru ni, semasa sedang search dan 'flip-through' di Pinterest , terjumpa pasal BULLET JOURNAL. 

Kakyong sebenarnya , search ideas dan tips merancang, agar boleh nampak TERATUR (ORGANIZE) dan membantu PRODUKTIVITI , serta KEMAS.


Apa benda yang dikatakan BULLET JOURNAL tu?

- satu sistem menyimpan rekod kerja harian, appointment, juga boleh sebagai diari, memori dan sebagai nya.
- asal ada buku nota dan pen.. sudah boleh bermula.


Mahu tahu lanjut, boleh sahaja SEARCH di Google, di Youtube, di Pinterest, mahupun di Facebook.



Kenapa kakyong tiba-tiba terJATUH SUKA

- salah satu nya adalah sistem nya , cara menulis journal yang tidak perlu panjang lebar, ada 'legend' atau 'KEY' yang kita guna dan sangat mudah untuk di aplikasi kan.




Yang menjadi sedikit masalah, adalah percubaan untuk adaptasi dengan format layout.

Ada layout BULANAN, MINGGUAN dan HARIAN.

Kadang tak semua layout ni, berguna dan sesuai untuk kita aplikasi kan.





Jadi, sebagai percubaan pertama., Kakyong cuba beberapa layout ini, DAILY LAYOUT.

Oleh kerana kurang ILMU lagi dan tak dapat nak adap format ni, dan belum habis fikir apa item yang kakyong perlukan , maka ia macam jadi janggal pulak




Layout yang ada MENU begini kakyong suka, jadi boleh plan menu apa nak masak untuk setiap hari.




dan hari yang kakyong tak berapa sihat, maka ia macam kosong jer tak berISI.

bila sudah 1 minggu gunakan layout ni, Kakyong masih tak puashati.

Jadi Kakyong explore dan belajar lagi , dengan melihat beberapa video di YouTube.





Akhirnya, Kakyong decide, layout MINGGUAN lebih sesuai untuk ibu yang bekerja dari rumah macam kakyong ni. 
Sebab nya kakyong memang suka yang MINIMALIST.
Mudah nak SCAN THROUGH.. dan bila nak semak semula juga mudah.

dan Kakyong masih dalam proses untuk tambah baik , agar kaedah ini dapat membantu Kakyong untuk jadi lebih TERATUR dan PRODUKTIF serta dapat MENGURUS MASA dengan lebih baik.



JIKA KITA TIDAK MENCUBA,
KITA TAKKAN TAHU SEJAUH MANA KITA BOLEH BUAT.

dan BULLET JOURNAL ni adalah sesuatu yang sangat menarik.

dan kita boleh customize kan cara kita nak PLAN kerja kita dan semua nya tetap ada dalam 1 buku nota.

dan BULLET JOURNAL ni juga -- akhirnya berjaya buat Kakyong rasa ingin cabar diri, bukan untuk menjadi kreatif (banyak BUJO yang penuh dengan artistic works ) tapi belajar untuk membuat perancangan dengan KEMAS, dan MUDAH untuk diSEMAK pada MASA DEPAN.

dan menggalakkan diri sendiri, untuk buat PLAN dan LAKSANA kan.





salam qaseh sayang,
Ibubekerjadarirumah
WAHMIBU3A
Konsultan Qaseh Gold Ipoh