Friday, 22 April 2016

#3 day 1 Bersungguh dalam berubah









Hari pertama, downlaoding MInd Software latest version 2016.

Acik menghadiri kelas ini pada hari Sabtu, 16 April yang lalu.

dan pagi ini, acik sudah dowloading software minda..

acik mahu Bersungguh dalam berubah.

apa yang acik rasa selepas download hari pertama ni

1. acik rasa sayu.. sebab banyak yang acik belum capai

2. apa yang dibayangkan & apa yang acik lihat dalam 'skrin besar' tu adalah kehidupan yang sangat ideal.. tu sampai jadi mengalir air mata tak berhenti.

3. merenung kembali kehidupan rohani.. Alhamdulillah, sejak awal tahun ni, acik memang sudah tekad nak baiki pengisian & kolam jiwa. Alhamdulillah, di taman ni acik follow kelas usrah Muslimah . cuma bila acik perlu pergi kelas ke HQ, terpaksalah ponteng.


4. merenung kembali kehidupan fizikal.. yaa.. acik dah lama juga ikhtiar nak 'slim' kan badan yang makin mudah mengembang ni... Insya Allah, yang ni belum ambil langkah drastik lagi.. tapi dah sampai masanya menyahut seruan.


5. kehidupan keluarga.. yang ini yang banyak acik ralat adalah tak dapat bantu & senangkan mak ayah.. Sejak acik kahwin, tangan acik terikat. dan lihat pada status terkini, rasanya, acik tak da halangan pun untuk membantu mak.. cuma kemampuan acik yang terbatas. 
Ya Allah, murahkan dan lapangkan lah laluan rezeki hamba agar hamba dapat hantar mak kerjakan umrah & haji. dan dapat sediakan rumah yang baru untuk mak yang lebih selesa.


6. kehidupan keluarga acik sendiri.. Allah.. besar dugaan.. banyak yang perlu diperbaiki dalam hubungan komunikasi kami suami isteri. Banyak perkara yang menjadi duri dalam jiwa acik.
Alhamdulillah, anak2 sangat membahagiakan acik. Mereka lah kekuatan acik.
Syukur, mereka sekarang ni sudah mahu solat.. walaupun setiap pagi acik yang selalu naik pitching supaya cepat solat supaya tidak terlewat.
Alhamdulillah, Alhamdulillah.. jauh lagi perjalanan acik untuk menjadi ibu solehah dan mendidik anak2 menjadi anak soleh & solehah.


7. Kewangan . ini memang sangat sadis. walau kami tidak punya banyak komitmen, tetapi hutang tertunggak yang sentiasa buat acik cemas setiap bulan.
Syukur lah ada bisnes Qaseh.
Alhamdulillah, walau kini income acik dengan Qaseh baru bertatih ke 4 angka.. tetapi ia masih jauh untuk menjadikan kami bebas hutang & bebas mengurus kewangan tanpa rasa cemas.
Ya Allah, permudah dan luaskan lah ruang rezeki buat kami sekeluarga.
Semoga, kami bukan hanya dapat membantu diri kami sendiri, tetapi juga dapat membantu keluarga-extended & adik-beradik kami dan masyarakat umum & mereka yang memerlukan.


8. Bercuti bersama keluarga.. ini lah yang tak pernah acik kecap sejak lebih 8 tahun yang lalu. memang lah sedih. setiap kali cuti sekolah.. kita cuba enjoy apa yang ada.. sedih camana pun, harus telan. 


Sesungguhnya selama ini acik amat berharap, suami menjadi tulang belakang yang sediakan segala2nya..

Tetapi Allah dah aturkan yang sebaliknya untuk acik.. mungkin ini lah suratan menjadi anak sulong.. dari dulu kini & selamanya Acik harus terus berusaha & berikhtiar. Acik tak boleh mengharap pada sesiapa pun, kecuali minta pada Allah, agar diberikan kekuatan untuk terus melangkah. 

Sesungguhnya ada rasa penyesalan, kerana terlalu mengharap hidup kita akan ditanggung sebaiknya. Terlalu mengharap agar dapat 'berehat' dari berfikir 'bab cari duit'.. terlalu mengharap orang lain yang akan memberi kesenangan pada kita.

Acik salah di situ. I should have not depend on others.

Buat setiap yang membaca catatan ini, mohon doakan acik.. Moga Acik dapat mencapai apa yang acik cita2 kan , idam kan. bukan untuk diri acik sendiri, tetapi untuk mak, anak2 & keluarga.


Saya mahu berubah dengan bersungguh-sungguh berubah.

terima qaseh sifu Nasiron atas cas2 & aura positif .


nota :
software downloading ni hanya utk peserta yang hadir ke program MMP.
so, pada yang wonder apa ke isi software ini. maaf, kami tidak dapat berkongsi.



salam qaseh sayang,
Ibubekerjadarirumah
WAHMIBU3A
Konsultan Qaseh Gold Ipoh
Stokist to be, soon Insya Allah..


22 Apr 2016


Sunday, 20 March 2016

#2 Basikal tak boleh bawa ku jauh



Salam Qaseh,

Selamat berhari minggu.




Mahu berjaya mesti ada prinsip SYUKUR.

Syukuri apa yang kita ada.
tetapi tidak lah bermakna, bila sudah bersyukur tak perlu lagi nak berusaha. 

Prinsip "cukup lah setakat apa yang ada"  membuat kita selesa.. Selesa dengan apa yang ada ini, ada juga bahayanya.

Bersyukur la, dulu jalan kaki. 
Sekarang sudah ada basikal. Apa lagi nak susah hati?

Basikal hanya boleh bawa kita ronda-ronda dalam kampung.
Tak jauh kita boleh menjelajah. 
Kalau nak pergi jauh lagi, kita akan letih.
Letih membanting tenaga dengan basikal yang hanya boleh bawa 1 orang.

Nak kereta?
Yer lah.. ada kereta, mudah nak bergerak.
Nak membeli belah ke seberang jalan besar juga mudah.
Mahu ke Mydin @ ke Econsave pun boleh.
Mahu bawa anak-anak ke Padang Polo juga boleh.
Mahu membawa anak-anak bercuti juga mudah.
Mahu bertemu prospek dan customer juga muda.

Banyaknya nikmat bila ada kereta kan. 

Nak ada kan sesuatu yang belum ada..
Perlu kepada usaha.
Beli kereta perlu berhutang.
Tak mahu berhutang banyak, kita kumpul lah duit dulu.

Nak kumpul duit sampai bila?
Target berapa bulan nak kumpul?
Sebulan nak kumpul berapa duit?

Ini semua perlu target yang jelas.

Ade ke target.?
INsya Allah ada.. biar lah rahsia, masanya akan tiba.

Macamana nak capai target?

Ibu bekerja dari rumah ajer kan!
Boleh ke nak simpan rm300-400 sebulan.

Jual Qaseh Gold dan produk Sutra ajer kan..
Boleh ke buat sales ribu-ribu sebulan?

Kenapa, tak yakin?!
Tak percaya.

Tak per, biar lah ibu ini positif dan membuat usaha semampu daya nya.

Doa ibu ini takkan putus-putus mengharapkan ehsan dan rahmat dari Nya.

Semoga dipermudahkan. 
Jalannya sudah ada.. 
hanya perlu cekal.
hanya perlu terus istiqamah.
Jangan pernah mengalah.

Walau segalanya harus membanting kudrat sendiri. 

Walau belum tercapai hasrat di hati, ibu ini tetap mensyukuri setiap nikmat yang diberi.
Walau ada kalanya diri terasa kerdil, meratap meminta dari yang Esa.


Catatan wahmibu3a
20 Mar 2016

  



Tuesday, 15 March 2016

#1 : Salam kenalan


Salam kenalan,

Terima qaseh sudi singgah ke blog WAHMIBU3a.

Acik perkenalkan diri, boleh panggil Kakyong.
Berumur 44 tahun pada Januari 2016 yang lepas.
Ibu kepada 3 orang anak
Amin Fikri 10 tahun.
Anis zahirah 9 tahun.
Aliya Nadhirah 8 tahun.


Buat yang biasa aktif berblog dari tahun 2009 hingga tahun 2011., mungkin biasa singgah ke blog acik yang lama. Kakyong72.blogspot.
Dulu acik suri rumah sepenuh masa, sejak dari tahun 2008.
Dan mulai pada tahun 2012, acik mula serius belajar berniaga online dan bekerja dari rumah.

Acik berhenti berblog sejak tahun 2012, kerana mahu tumpu pada 'pembelajaran berniaga online' dan juga mengurus bisnes dari rumah memang pada awalnya agak sukar, lebih-lebih lagi bab pengurusan masa.

Sekarang ini, acik adalah Konsultan Qaseh Gold dan juga agen bagi produk Sutra.

Insya Allah, sedikit masa yang terluang masa sekarang ini, acik cuba berkongsi pengalaman acik. Mungkin tidak sehebat ibu² lain (merujuk WAHM),yang jauh lebih berjaya dari acik.

Namun cerita kejayaan setiap orang ada liku dan ranjau yang tersendiri.
Semoga perkongsian (tulisan acik yang akan datang) dapat dijadikan panduan & ikhtibar buat ibu² yang 'struggle for survival'.

Salam Qaseh & salam kenalan dari kakyong. ❤❤❤