Sunday, 20 March 2016

#2 Basikal tak boleh bawa ku jauh



Salam Qaseh,

Selamat berhari minggu.




Mahu berjaya mesti ada prinsip SYUKUR.

Syukuri apa yang kita ada.
tetapi tidak lah bermakna, bila sudah bersyukur tak perlu lagi nak berusaha. 

Prinsip "cukup lah setakat apa yang ada"  membuat kita selesa.. Selesa dengan apa yang ada ini, ada juga bahayanya.

Bersyukur la, dulu jalan kaki. 
Sekarang sudah ada basikal. Apa lagi nak susah hati?

Basikal hanya boleh bawa kita ronda-ronda dalam kampung.
Tak jauh kita boleh menjelajah. 
Kalau nak pergi jauh lagi, kita akan letih.
Letih membanting tenaga dengan basikal yang hanya boleh bawa 1 orang.

Nak kereta?
Yer lah.. ada kereta, mudah nak bergerak.
Nak membeli belah ke seberang jalan besar juga mudah.
Mahu ke Mydin @ ke Econsave pun boleh.
Mahu bawa anak-anak ke Padang Polo juga boleh.
Mahu membawa anak-anak bercuti juga mudah.
Mahu bertemu prospek dan customer juga muda.

Banyaknya nikmat bila ada kereta kan. 

Nak ada kan sesuatu yang belum ada..
Perlu kepada usaha.
Beli kereta perlu berhutang.
Tak mahu berhutang banyak, kita kumpul lah duit dulu.

Nak kumpul duit sampai bila?
Target berapa bulan nak kumpul?
Sebulan nak kumpul berapa duit?

Ini semua perlu target yang jelas.

Ade ke target.?
INsya Allah ada.. biar lah rahsia, masanya akan tiba.

Macamana nak capai target?

Ibu bekerja dari rumah ajer kan!
Boleh ke nak simpan rm300-400 sebulan.

Jual Qaseh Gold dan produk Sutra ajer kan..
Boleh ke buat sales ribu-ribu sebulan?

Kenapa, tak yakin?!
Tak percaya.

Tak per, biar lah ibu ini positif dan membuat usaha semampu daya nya.

Doa ibu ini takkan putus-putus mengharapkan ehsan dan rahmat dari Nya.

Semoga dipermudahkan. 
Jalannya sudah ada.. 
hanya perlu cekal.
hanya perlu terus istiqamah.
Jangan pernah mengalah.

Walau segalanya harus membanting kudrat sendiri. 

Walau belum tercapai hasrat di hati, ibu ini tetap mensyukuri setiap nikmat yang diberi.
Walau ada kalanya diri terasa kerdil, meratap meminta dari yang Esa.


Catatan wahmibu3a
20 Mar 2016

  



Tuesday, 15 March 2016

#1 : Salam kenalan


Salam kenalan,

Terima qaseh sudi singgah ke blog WAHMIBU3a.

Acik perkenalkan diri, boleh panggil Kakyong.
Berumur 44 tahun pada Januari 2016 yang lepas.
Ibu kepada 3 orang anak
Amin Fikri 10 tahun.
Anis zahirah 9 tahun.
Aliya Nadhirah 8 tahun.


Buat yang biasa aktif berblog dari tahun 2009 hingga tahun 2011., mungkin biasa singgah ke blog acik yang lama. Kakyong72.blogspot.
Dulu acik suri rumah sepenuh masa, sejak dari tahun 2008.
Dan mulai pada tahun 2012, acik mula serius belajar berniaga online dan bekerja dari rumah.

Acik berhenti berblog sejak tahun 2012, kerana mahu tumpu pada 'pembelajaran berniaga online' dan juga mengurus bisnes dari rumah memang pada awalnya agak sukar, lebih-lebih lagi bab pengurusan masa.

Sekarang ini, acik adalah Konsultan Qaseh Gold dan juga agen bagi produk Sutra.

Insya Allah, sedikit masa yang terluang masa sekarang ini, acik cuba berkongsi pengalaman acik. Mungkin tidak sehebat ibu² lain (merujuk WAHM),yang jauh lebih berjaya dari acik.

Namun cerita kejayaan setiap orang ada liku dan ranjau yang tersendiri.
Semoga perkongsian (tulisan acik yang akan datang) dapat dijadikan panduan & ikhtibar buat ibu² yang 'struggle for survival'.

Salam Qaseh & salam kenalan dari kakyong. ❤❤❤